Monday, January 24, 2005

CABARAN SEBELUM HIJRATURRASUL

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 100 surah an-Nisa’ :

ومن يهاجر فى سبيل الله يجد فى الأرض مرغما كثيرا وسعة ومن يخرج من بيته مهاجرا إلى الله ورسوله ثم يدركه الموت فقد وقع أجره على الله وكان الله غفورا رحيما

Maksudnya : Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah S.W.T nescaya mereka mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah S.W.T dan rasulNya kemudian kematian menimpanya sebelum tiba ke tempat yang dituju maka telah tetap pahala di sisi Allah S.W.T. Dan adalah Allah S.W.T Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

Peristiwa penghijrahan nabi Muhammad s.a.w dari tanahairnya Mekah ke tempat baru iaitu Yathrib yang kemudiannya ditukar nama kepada Madinah al-Munawwarah yang bererti Kota yang bercahaya merupakan suatu pengorbanan besar dalam membebaskan diri daripada kongkongan kekufuran kepada keimanan, jahiliah kepada Islam, dosa kepada pahala, kesesatan kepada kebenaran, kezaliman kepada keadilan, lemah tanpa kuasa kepada gagah bersama tertegaknya negara. Hijrahnya nabi Muhammad s.a.w telah banyak meninggalkan pengajaran dan tauladan yang sepatutnya dihayati dengan bersungguh-sungguh oleh seluruh umat Islam dalam mengembalikan semula kemenangan dan kegemilangan Islam. Sebagai pejuang yang mengaku bahawa kita ini berjuang untuk meletakkan kalimah Allah S.W.T di tempat paling tinggi maka sudah semestinya mengambil iktibar sebanyak mungkin daripada peristiwa hijrah agar semangat kita terus berkobar dan gerak kerja kita sentiasa berterusan tanpa rasa takut dan gentar terhadap sebarang ujian dan cabaran yang mendatang. Kita dapat lihat bagaimana kuffar Quraisy telah memandang Islam sebagai sebuah agama yang bukan sahaja menggugat agama sesat mereka yang menyembah berhala malah turut mengancam kedudukan para pembesar Mekah pada masa itu. Setelah melihat bagaimana ancaman Islam terhadap kesesatan dan kezaliman mereka lalu para pemimpin Quraisy berusaha bersungguh-sungguh dalam menyekat penyebaran Islam. Melihat kepada bertambahnya pengikut nabi Muhammad s.a.w lalu beberapa siri perbincangan dengan baginda telah dilakukan. Apa yang dilakukan oleh musuh Islam yang begitu benci terhadap Islam adalah hampir sama pada setiap zaman di mana setelah kegagalan dalam membuktikan kesesatan ajaran Islam lalu pemimpin Quraisy menawarkan kesenangan dunia berbentuk takhta, harta dan wanita serta rawatan percuma kepada Rasulullah s.a.w dengan syarat meninggalkan dakwah Islam.

Tawaran menarik ini sentiasa diuji ke atas setiap pejuang Islam sehingga ramai yang tergoda dengan panggilan dunia yang menyebabkan mereka lupa kepada perjuangan Islam yang diperjuangkan selama ini. Janji-janji manis terus ditabur agar perjuangan Islam dapat dilemahkan dan penentangan terhadap kesesatan system dan kezaliman dapat dilunturkan. Begitulah juga yang berlaku pada hari ini akibat terpesona dengan janji bahawa pelajar dari peringkat rendah lagi akan diwajibkan khatam al-Quran dan menguasai bahasa arab telah menyebabkan kita lupa kepada perbuatan jahat golongan yang sama dalam menghancurkan sekolah agama rakyat yang sedang berjalan sehingga hari ini. Oleh itu kita jangan terpedaya dengan janji manis yang baru dilaksanakan kerana dalam masa yang sama pengkhianatan terhadap pusat pengajian agama terus berjalan. Bagaimana orang sama boleh meninggikan Islam sedangkan dalam masa yang sama dia meruntuhkan Islam. Kita begitu kecewa dengan perbuatan memerangi pusat pengajian agama di negara ini yang menyebabkan umat Islam di beberapa negara jiran terutama di Selatan Thailand turut menjadi mangsa kepada kezaliman pemimpin mereka yang meniru cara negara ini sehingga ramai ulama’ yang dibunuh serta pengajian agama diganggu.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Tawaran kesenangan dunia banyak menghanyutkan umat Islam sehingga mereka dihinakan oleh Allah S.W.T di dunia dan akhirat. Penolakan nabi Muhammad s.a.w terhadap semua tawaran dan janji manis daripada pemimpin Quraisy yang sememangnya ingin menghancurkan Islam telah memberi peringatan besar kepada kita agar tidak terpesona dengan habuan dunia sehingga mengenepikan agama. Nabi Muhammad s.a.w menolak tawaran dan janji manis Quraisy dan telah berhijrah sehingga tertegaknya Daulah Islamiah di Madinah yang memastikan segala system Islam dapat dilaksanakan. Kita jangan terpengaruh dengan janji manis sehingga sanggup menukarkan pemimpin yang bersungguh mengharamkan judi dan menghadkan penjualan arak di kalangan bukan Islam di negeri ini kepada pemimpin yang akan menghalalkan kembali judi dan arak. Kita jangan terpedaya dengan janji palsu orang yang menyatakan bersungguh melaksanakan Islam sedangkan dirinya terlibat dengan budaya rasuah, riba serta menentang pelaksanaan hukum hudud dan qisas dalam menyelesaikan masalah jenayah terutama zina, rogol yang mencatatkan 26 kes sehari. Kita jangan serahkan kepimpinan negeri ini kepada mereka yang bakal menempah bala Allah S.W.T dengan menghidupkan kembali hiburan yang merosakkan akhlak yang selama ini telah diharamkan di negeri ini.

Firman Allah S.W.T dalam ayat 204-205 surah al-Baqarah :

ومن الناس من يعجبك قوله فى الحيــوة الدنيا ويشهد الله على ما فى قلبه وهو ألد الخصام. وإذا تولى سعى فى الأرض ليفسد فيها ويهلك الحرث والنسل والله لايحب الفساد

Maksudnya : Dan di antara manusia ada orang di mana ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu. Dan dipersaksikan kepada Allah S.W.T isi hatinya sedangkan dia adalah penentang yang paling keras. Dan apabila dia berpaling dari kamu, dia berjalan di atas muka bumi ini untuk melakukan kerosakan padanya dan merosak tanaman dan binatang ternakan dan Allah S.W.T tidak menyukai kebinasaan

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
Penolakan nabi Muhammad s.a.w terhadap tawaran dunia tidak menghentikan usaha pemimpin Quraisy dalam menghancurkan Islam di mana kegagalan cara lembut diikuti dengan cara keras. Akhirnya setelah mengetahui semakin ramai umat Islam yang berhijrah ke Madinah lalu kuffar Quraisy mengadakan suatu mesyuarat di Darul Nadwah bagi mengambil tindakan terhadap nabi Muhammad s.a.w. Iblis yang merupakan diri sebagai orang tua dari Najd turut hadir dalam perjumpaan penting ini. Melalui mesyuarat di Darul Nadwah ini maka terbitlah beberapa cadangan iaitu cadangan pertama meminta supaya nabi dibuang negeri agar segala ancamannya selama ini dapat dihentikan tetapi ia ditolak oleh Iblis yang merupakan dirinya sebagai orang tua dengan alasan jika dibuang negeri maka nabi Muhammd s.a.w akan dapat menambah jumlah pengikut dan akhirnya boleh menggugat kedudukan pemimpin Quraisy Mekah. Cadangan kedua pula mengesyorkan agar nabi di penjarakan dalam penjara besi agar baginda tidak mampu lagi menjalankan usaha dakwah di mana cadangan ini turut ditolak oleh Iblis dengan alasan penjara tidak mampu menyekat dakwah nabi kerana umat Islam pasti akan datang membebaskan nabi yang menyebabkan usaha dakwah akan dapat diteruskan. Akhirnya Iblis turut bersetuju dengan cadangan ketiga daripada Abu Jahal yang mencadangkan agar setiap kabilah menghantar pemuda bagi membunuh nabi di mana keluarga Abdul Manaf tidak mampu berhadapan dengan kabilah yang banyak dan tidak boleh mendakwa mana-mana kabilah yang membunuh nabi s.a.w selepas ini.

Melihat kepada ketiga-tiga cadangan kuffar Quraisy dalam menyekat perkembangan Islam iaitu buang negeri, penjara tanpa bicara dan bunuh terhadap nabi maka inilah juga ujian yang terpaksa dihadapi oleh pejuang Islam dalam menegakkan Islam di atas muka bumi ini. Golongan yang memusuhi Islam akan menggunakan samada cara lembut untuk melunturkan semangat juang dan jika gagal dengan cara itu maka cara yang lebih keras akan dilakukan termasuk buang kerja, tukar tempat kerja, sekat bantuan, tahan di bawah ISA, bunuh dan sebagainya. Oleh itu istiqamahlah dalam berjuang agar kita mencapai keredhaan Allah S.W.T di dunia dan akhirat. Bersusah dahulu di dunia agar kita dapat bersenang di akhirat nanti hasil memperjuangkan Islam dengan penuh ikhlas dan istiqamah. Tiada istilah rugi dan lelah dalam memperjuangkan Islam kerana ganjaran pahala yang besar menanti kita selain kemenangan bersama keredhaan Allah S.W.T sedangkan betapa rugi memperjuangkan sekuler dan semangat kebangsaan sempit dengan mengagungkan pembangunan kebendaan semata-mata tanpa mementingkan pembangunan kemanusiaan kerana ia akan merosakkan aqidah dan agama kita serta bakal ditimpa kerugian di akhirat nanti.
Firman Allah dalam ayat 40 surah at-Taubah :

إلا تنصروه فقد نصره الله إذ أخرجه الذين كفروا ثانى اثنين إذ هما فى الغار إذ يقول لصــحبه لاتحزن إن الله معنا فأنزل الله سكينته عليه وأيده بجنود لم تروها وجعل كلمة الذين كفروا السفلى وكلمة الله هى العليا والله عزيز حكيم

Maksudnya : Jika kamu tidak menolong nabi Muhammad s.a.w maka sesungguhnya Allah S.W.T telah menolongnya ketika orang-orang kafir mengeluarkannya dari Mekah. Sedang dia salah seorang daripada dua orang ketika kedua-duanya berada di dalam gua di waktu dia berkata kepada sahabatnya : “ Janganlah engkau berdukacita sesungguhnya Allah S.W.T bersama dengan kita”. Maka Allah S.W.T menurunkan ketenangan kepada nabi Muhammad s.a.w dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan Allah S.W.T menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah dan kalimah Allah S.W.T itulah yang tertinggi. Allah S.W.T Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


Khutbah ini telah dibaca di Masjid Mukim Terusan, Pondok Pasir Tumboh

SYARAT NEGARA ISLAM

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal yang bermaksud : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Kini kita berada di permulaan bulan Muharram tahun baru 1422 Hijrah. Beberapa hari lagi lagi kita akan bertemu dengan hari Asyura iaitu hari kesepuluh Muharram di mana kita digalakkan berpuasa pada hari tersebut. Pada hari Asyura telah berlaku suatu peristiwa yang penting iaitu terselamatnya nabi Musa daripada dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya.

Kedatangan tahun baru hijrah bersama dengan meningkatnya usia kita memberi peringatan kepada kita agar sentiasa memastikan bahawa perlu adanya perubahan kepada diri kita ke arah yang terbaik bukannya semakin buruk. Semoga kedatangan tahun baru hijrah ini juga akan memberi ruang kepada seluruh umat Islam agar dapat berhijrah daripada tersepit dan terhimpit dengan kegelapan sistem jahiliah kepada keluasan dan pembelaan keadilan sistem Islam. Terkeluar daripada kehinaan kerana meninggalkan Islam kepada kemuliaan dengan meninggikan syariat Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Setelah berlangsungnya penghijrahan yang bersejarah maka Rasulullah s.a.w telah mempunyai syarat yang cukup bagi menegakkan sebuah negara berasaskan Islam iaitu :

1. Bumi atau tempat untuk mendirikan negara iaitu Madinah 2. Rakyat iaitu para sahabat daripada kalangan Muhajirin dan Ansar serta orang bukan Islam yang bersedia untuk menjadi rakyat. Bagi orang-orang yang tidak bersedia maka mereka boleh keluar dari bumi Madinah 3. Pemimpin iaitu Rasulullah s.a.w sendiri yang dipilih oleh Allah 4. Perlembagaam iaitu al-Quran dan al-Hadith di mana ianya merupakan bahan rujukan yang kaya dan lebih daripada keperluan sebuah perlembagaan 5. Kedaulatan atau keperibadian sebagai sebuah negara wujud dengan ketinggian Islam itu sendiri

Bagi melaksanakan penubuhan Negara Islam yang unggul maka Rasulullah s.a.w telah membina tapak yang kukuh dengan mewujudkan 3 bentuk hubungan yang penting iaitu :
Pertama dengan mewujudkan hubungan manusia dengan Allah iaitu dengan membina masjid. Ia bertujuan merapatkan hubungan umat manusia dengan Allah di mana masjid merupakan syiar penting bagi Islam. Masjid menjadi asas kukuh kepada pembinaan masyarakat dan negara Islam kerana keteguhan masyarakat Islam berteraskan kepada ikatan ‘aqidah yang kuat kepada ajaran Islam Rasulullah s.a.w tidak menjadikan agenda pertamanya untuk membina kekuatan tentera terlebih dahulu walau pun baginda tahu bahawa musuh sedang bersiap untuk menyerang mereka.. Sebaliknya masjid lebih dahulu dibina bagi memastikan ikatan perhambaan kepada Allah sentiasa kukuh sehingga memberi kemampuan bagi menghadapi sebarang serangan musuh samada secara senjata atau pun serangan pemikiran. Dalam memperjuangkan Islam tidak cukup semata-mata dibina atas kekuatan semangat dan senjata sahaja tetapi mesti berteraskan aqidah dan ilmu yang kukuh serta ikatan perhambaan kita dengan Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Kedua Rasulullah s.a.w telah menjalinkan hubungan sesama umat Islam. Ia merupakan tunjang utama dalam memastikan keamanan dan kestabilan serta keutuhan negara Islam yang dibina. Jika sebelum Hijrah dan memeluk Islam suku Aus dan Khazraj saling bermusuhan sesama mereka tetapi dengan datangnya Islam mereka bukan sahaja menamatkan permusuhan mereka tetapi turut menerima orang Muhajirin sebagai saudara mereka.Persaudaraan yang melampaui hubungan kekeluargaan, keturunan, warna kulit, tanah air dan bangsa dengan berdasarkan taqwa dan maruah kemanusiaan ini telah berjaya merubah segala-galanya. Perpaduan yang kuat ini membolehkan umat Islam yang jumlahnya merupakan minoriti iaitu beberapa ribu sahaja berjaya menguasai kaum yahudi dan musyrikin yang lain yang merupakan kaum majoriti yang berjumlah puluhan ribu di Madinah ketika itu.

Inilah perpaduan yang wajar dicontohi oleh kita semua bagi memastikan keamanan terjaga dan keadilan terbela. Tanpa perpaduan yang kukuh menyebabkan umat Islam mudah diserang dan ditindas oleh musuh. Janganlah disebabkan jumlah umat Islam majoriti menyebabkan kita merasakan bahawa kita terus berkuasa dan orang bukan Islam akan selamanya akan tunduk kepada kita jika kita terus mencari jalan selain daripada Islam sebagai asas perpaduan. Ingatlah peristiwa sedih yang berlaku di Kubrus Cina di mana umat Islam yang merupakan golongan majoriti dengan jumlah mereka 20 juta orang telah dibunuh dan dihancurkan oleh orang bukan Islam yang hanya berjumlah 12 juta orang kerana umat Islam meninggalkan Islam sebagai ad-Din. Walau pun pada awalnya bangsa di Kubrus itu merupakan kaum yang ditindas oleh kerajaan Kristian Itali yang menyebabkan mereka meminta pertolongan dan perlindungan daripada Khilafah Uthmaniah Turki. Bnatuan yang diberikan menyebabkan Islam mudah tersebar yang membolehkan perlembagaan Islam tertegak di situ. Tetapi akhirnya umat Islam yang merupakan golongan majoriti telah dihancurkan kerana meninggalkan Islam sebagai cara hidup. Begitulah juga yang berlaku di Bosnia, Kosovo, Kashmir, Lubnan, Palestin dan sebagainya pada hari ini.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Hubungan yang ketiga yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ialah hubungan umat Islam dengan orang bukan Islam dan negara bukan Islam dalam rangka menyampaikan risalah Islam serta menentukan sikap mereka terhadap Islam. Ia berjaya dilaksanakan dengan terbentuknya piagam atau perlembagaan Madinah yang mengandungi 23 fasal menyentuh tentang hubungan antara Muhajirin dan Ansor. Manakala 24 fasal lagi merupakan peruntukan yang berhubung dengan hak dan kewajipan orang-orang yahudi. Perlembagaan Madinah ini telah membawa perubahan yang besar dengan memperuntukkan sebuah kerajaan Pusat bagi menjamin keadilan dan keamanan tanpa menghilangkan kuasa dan keistimewaan golongan tertentu. Kota Madinah telah dibahagikan kepada beberapa jajahan bagi beberapa suku kaum yang berlainan di mana setiap jajahan mempunyai ketua atau naqib, beberapa timbalan ketua atau ‘arif dan sebuah tempat perjumpaan atau Saqifah. Ini adalah susunan pentadbiran jajahan yang lengkap yang diawasi oleh Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w sendiri.

Jika dilihat secara teliti perlembagaan Madinah ini dengan perlembagaan negara kita maka di sana adanya perbezaan yang begitu ketara. Contohnya Islam dalam perlembagaan Madinah meliputi seluruh aspek kehidupan termasuk ibadat, sosial, ekonomi, perundangan dan sebagainya sedangkan Islam yang ada dalam perlembagaan negara kita berdasarkan Lord Reid hanya berkisar kepada ibadat dan adat sahaja bukannya meliputi seluruh aspek kehidupan sehingga usaha dalam memartabatkan penggunaan sepenuhnya taqwim hijrah termasuk dalam pembayaran gaji di negeri ini tidak dapat dilaksanakan kerana bercanggah dengan perlembagaan negara. Oleh itu cadangan untuk membincangkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan untuk umat Islam jika hanya berkisar tentang Islam sebagaimana yang dikehendaki oleh penjajah. Ia hanya terhasil jika perbincangan itu melibatkan perkara untuk membebaskan Islam daripada dikurung bagi memastikan ia mampu dilaksanakan dalam seluruh aspek kehidupan.

Benarkah para pemimpin mahu melaksanakan Islam sebagaimana piagam Madinah atau sebaliknya makan bolehlah dilihat melalui usaha mereka samada ke arah melaksana atau lebih banyak kepada menentang pelaksanaan Islam termasuk usaha dalam menghapuskan nama Islam di mana buat masa ini belum dapat dilaksana. Tetapi usaha ini akan terus berjalan dan akan dilaksana jika kita lalai dan berlembut.

Firman Allah dalam ayat 218 surah al-Baqarah yang bermaksud : Sesungguhnya mereka yang beriman dan mereka yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah maka mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan ingatlah, Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

BANGSA DI MADINAH

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal yang bermaksud : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Beberapa hari lagi kita pasti akan meninggalkan bulan Zulhijjah bagi menyambut ketibaan tahun baru Hijrah 1422. Berlalunya tahun demi tahun bersama meningkatnya usia kita disamping bertambah dekatnya kita kepada hari mati. Oleh itu hitungkanlah keadaan diri dan amalan kita samada bertambah baik atau sebaliknya sebelum datangnya Izrail untuk menjemput kita bertemu dengan Allah. Beradanya kita pada penghujung tahun 1421 juga mengingatkan kita kepada pelbagai peristiwa samada manis atau pedih yang berlaku ke atas umat Islam seluruh dunia. Semoga kedatangan tahun baru hijrah nanti akan memberi sinar kebahagian kepada seluruh umat Islam.

Pada hari ini kita akan menyentuh mengenai keadaan Yathrib atau Madinah sebelum berlansungnya hijraturrasul s.a.w. Penduduk Madinah terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama di mana kaum yang paling besar ialah Yahudi dan Arab.Kaum Yahudi memiliki beberapa kubu dan benteng serta kampung di mana mereka hidup berasingan dan berkelompok yang menyebabkan mereka tidak mampu mendirikan pemerintahan Yahudi sebaliknya terpaksa membayar ufti setiap tahun kepada ketua-ketua beberapa qabilah Arab sebagai perlindungan daripada pencerobohan Arab badwi. Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai suatu bangsa yang ahli dalam pengetahuan agama dan syariat di mana mereka mempunyai pusat pengajian sendiri untuk perkara tersebut disamping belajar mengenai sejarah lampau mereka khususnya berkenaan rasul dan nabi mereka. Mereka juga mempunyai tempat khas untuk beribadat di mana disitulah mereka berkumpul untuk berbincang mengenai agama dan keduniaan mereka. Mereka juga mempunyai perundangan dan tatacara hidup tersendiri yang sebahagiannya diambil daripada kitab suci mereka dan sebahagian lagi dibuat oleh pendeta mereka.

Hasil pendapatan mereka yang terbesar ialah mengambil keuntungan daripada gadaian barang dan riba. Keadaan Madinah sebagai kawasan pertanian memberi peluang kepada mereka bergiat dengan riba terutama daripada petani yang mendapatkan wang sementara menunggu musim menuai. Penggadaian bukan sahaja melibatkan wang atau mata benda sahaja tetapi wanita dan anak-anak juga dijadikan cagaran gadaian.Kaum Yahudi dapat menguasai ekonomi Madinah dan seterusnya dengan ekonomi yang kukuh mereka menguasai pasar-pasar tanpa bertimbang rasa, mereka menyorok barangan keperluan untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda sehingga mereka dibenci oleh masyarakat Arab setempat. Demi kepentingan ekonomi mereka membuat hubungan dengan kaum Aus dan Khazraj dengan mereka melaga-lagakan antara keduanya yang menyebabkan bangsa Arab lemah dan kaum Yahudi terus menguasai ekonomi Madinah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Manakala suku kaum Aus dan Khazraj merupakan penduduk berbangsa Arab yang mendiami Yathrib kemudian daripada kaum Yahudi. Kaum Aus tinggal di selatan dan timur iaitu bahagian tinggi Yathrib yang merupakan kawasan pertanian yang subur manakala Kaum Khazraj berada di tengah sebelah utara iaitu bahagian rendah bandar yang merupakan kawasan kurang subur. Bilangan mereka mengikut perkiraan yang berdasarkan penyertaan mereka dalam peperangan selepas hijrah iaitu semasa penaklukan Mekah ialah 4000 orang. Berpecahan kaum yahudi menyebabkan mereka tidak mampu menyaingi bangsa Arab terutama ada daripada mereka yang bersama kaum Aus dan ada pula bersama kaum Khazraj. Namun begitu bangsa Arab suku Aus dan Khazraj turut berperang sesama mereka di mana perang Samir merupakan peperangan pertama dan diakhiri dengan peperangan Bu’ath lima tahun sebelum hijrah. Kaum Yahudilah yang melaga-lagakan mereka dan mendesak agar mereka berpecah dengan menanamkan semangat dengki. Akhirnya mereka tidak mampu menghadapi kaum Yahudi.Namun demikian, perancangan yahudi disedari oleh bangsa Arab di mana mereka menggelarkan kaum Yahudi sebagai ‘musang’.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Antara sebab kaum Aus dan Khazraj mudah menerima Islam kerana perkara berikut :

Pertama : Suku Aus dan Khazraj dikurniakan Allah dengan fitrah lemah lembut dan tidak terlalu angkuh, tidak keterlaluan menolak kebenaran. Sifat ini adalah pusaka turun temurun daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Yaman. Ini pernah dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang bermaksud : “Sudah tiba kepada kamu penduduk Yaman yang berhati dan berperasaan amat lembut”

Kedua : Suku Aus dan Khazraj telah kehilangan tenaga kerana peperangan sesama mereka terutama dalam peperangan terakhir antara mereka iaitu peperangan Bu’ath. Keadaan ini mereka telah gambarkan dalam ucapan mereka kepada Rasulullah s.a.w: “ Sesungguhnya telah kami tinggalkan kaum kami, suatu kaum yang paling ketat permusuhan sesama sendiri. Semoga Allah menyatukan mereka melalui engkau Wahai Rasulullah!. Sekiranya mereka disatukan kembali oleh Allah maka tiada orang yang lebih mulia daripada engkau Wahai Rasulullah!”.

Ketiga : Suku Aus dan Khazraj selalu mendengar orang-orang Yahudi berbicara tentang kenabian dan para nabi dan mereka juga mendengan orang Yahudi membaca lembaran Taurat dan tafsirannya malah orang Yahudi sentiasa mengugut mereka dengan mengatakan : “ Sesungguhnya akan dibangkitkan seorang nabi pada akhir zaman nanti. Kami akan memusnahkan kamu bersama nabi itu. Kamu akan musnah sama seperti musnahnya kaum ‘Aad dan Iram”.

Perkara ini agak berbeza dengan kaum Quraisy Mekah dan seluruh bangsa Arab yang telah terputus sekian lama daripada kenabian dan para nabi yang menyebabkan mereka tidak tahu tentang kenabian dan para nabi. Mereka hanya menumpukan kepada berhala dan mereka juga terpencil daripada umat-umat yang ada hubungan dengan para nabi dan mempunyai kitab samawi.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Secara ringkasnya selepas berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj maka nabi mula menyebarkan dakwah melalui pertemuan dengan qabilah-qabilah yang datang ke Mekah. Ketika tibanya bulan Zulhijjah iaitu musim haji, Rasulullah s.a.w seperti biasa keluar bertemu dengan qabilah yang datang menunaikan haji. Semasa berada di ‘Aqabah, baginda telah bertemu dengan satu rombongan daripada suku Khazraj dari Yathrib. Rasulullah s.a.w memperkenal dan menerangkan kepada mereka tentang Islam dan diperdengarkan al-Quran. Suku Khazraj yang merupakan jiran kepada kaum Yahudi di Madinah sebelum ini sentiasa mendengar orang Yahudi memberitahu bahawa sudah hampir masanya dibangkitkan seorang nabi. Lalu di antara mereka berkata : “ Wahai kaumku sekalian! Ketahuilah bahawa Demi Allah inilah nabi yang telah dijanjikan oleh kaum Yahudi kepadakamu maka kita harus biarkan mereka mendahului kita mendapat peluang ini”. Lantas mereka menyahut dan menerima seruan nabi s.a.w itu di mana bilangan mereka ialah 7 orang daripada suku Khazraj.

Apabila mereka pulang ke Madinah dalam keadaan telah beriman dan memeluk Islam lalu mereka memberitahu tentang Rasulullah s.a.w kepada saudara mara yang lain dan mengajak mereka kepada Islam. Maka tersebarlah Islam di kalangan mereka sehingga tiada rumah orang Ansar yang tidak bercakap tentang Rasulullah s.a.w. Begitulah dia penerimaan awal kepada Islam dan keadilannya sebelum berlangsungnya 2 bai’ah Aqabah atau perjanjian antara wakil warga Madinah dengan Rasulullah s.a.w di ‘Aqabah. 2 bai’ah atau perjanjian yang dibuat ini menjadi suatu perkara yang penting sebelum terdirinya negara Islam pertama di Madinah.

Pada tahun 621 M iaitu setahun selepas peristiwa pengislaman 7 orang daripada suku Khazraj tersebut maka telah datang 12 orang dari Yathrib daripada suku Aus dan Khazraj bagi menunaikan haji dan juga mengadakan pertemuan rahsia dengan Rasulullah s.a.w. di ‘Aqabah. Bai’ah ini dikenali sebagai Bai’ah ‘Aqabah Pertama atau Bai’ah an-Nisa’ memandangkan tiada penekanan terhadap masalah peperangan dan jihad dalam perjanjian ini sebagaimana yang biasa dilakukan terhadap wanita ketika berbai’ah.

Ubadah bin as-Somit telah memberitahu tentang perjanjian ini di mana katanya : Sesungguhnya kami berjumlah 12 orang lelaki maka Rasulullah s.a.w berkata kepada kepada kami: ” Marilah kamu semua untuk memberi bai’ah kepadaku untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak mengengkariku pada perkara kebaikan. Sesiapa di kalangan kamu yang menepati bai’ah ini maka Allah akan mengganjarinya dan sesiapa yang melanggarnya dan Allah membalasnya di dunia maka ia merupakan kaffarah kepadanya. Sesiapa yang melanggarinya dan Allah menutupnya maka urusannya terserah kepada Allah samada Dia membalasnya di akhirat atau pun memaafkannya”. Ubadah bin as-Somit menambah lagi bahawa selepas itu mereka semua memberi bai’ah kepada Rasululullah s.a.w.

Sebelum mereka bertolak pulang ke Madinah, Rasulullah s.a.w telah mengirim bersama mereka Mus’aib bin ‘Umair bagi mengajar al-Quran dan menerangkan tentang Islam di nama beliau dikenali sebagai Muqri’ ertinya pembaca al-Quran. Ketika berada di Madinah beliau tinggal bersama dengan Sa’ad bin Zararah. Inilah usaha dan suasana sambutan awal kepada penerimaan Islam oleh penduduk Madinah hasil kegigihan dan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Bai’ah Aqabah kedua terjadi pada tempat yang sama pada malam 12 Zulhijjah tahun 13 kenabian juga dalam keadaan rahsia. Bilangan wakil penduduk Madinah terdiri daripada 73 orang lelaki dan 2 perempuan yang diketuai oleh Al-Barra’ bin Makrur. Ucapan Bai’ah mereka hampir sama dengan yang pertama tetapi ada tambahan dalam masalah jihad dan peperangan. Ia turut dihadiri oleh bapa saudara baginda Abbas bin Abdul Muttalib. Dalam bai’ah ini kaum Khazraj memohon agar nabi s.a.w rela berhijrah ke Madinah di mana mereka sanggup menjaga keselamatan baginda sebagaimana mereka menjaga keluarga sendiri.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Dan supaya kamu sekalian akan membantuku dan mejaga keselamatanku ketika berhijrah ke sana nanti sebagaimana kamu menjaga diri dan keluargamu dan bagi kamu balasan Syurga daripada Allah”

Bai’ah ini yang juga dipanggil Bai’ah Aqabah Kubra ditutup dengan doa yang diucapkan oleh Abbas bin Abdul Muttalib yang mana antara kandungannya ialah memohon kepada Allah tentang keselamatan Rasulullah s.a.w dan kesungguhan janji daripada orang-orang Yathrib itu. Ini merupakan kejayaan besar yang membuka dan memudahkan jalan dakwah dan seterusnya tertegak Daulah Islamiah yang pertama di Madinah.

Firman Allah dalam ayat 218 surah al-Baqarah yang bermaksud : Sesungguhnya mereka yang beriman dan mereka yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah maka mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan ingatlah, Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Firman Allah dalam ayat 63 surah al-Anfal yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang menyatukan di antara hati-hati mereka. Jika engkau belanjakan segala yang ada di bumi nescaya engkau tidak mampu juga menyatukan antara hati-hati mereka. Tetapi Allah telah menyatukan antara mereka. Sesungguhnya Dia Maka Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Perpaduan yang sejati mestilah berteraskan Islam bukannya sesuatu yang boleh dicapai berdasarkan hukum akal manusia semata-mata. Perpaduan yang dicari bukanlah untuk kepentingan diri dalam menjaga harta yang dimiliki dan pangkat yang dijawati tetapi ia mesti atas asas keikhlasan kepada Allah demi kebaikan semua. Perkara yang boleh menjadi sokongan kepada perpaduan yang dicari ialah memberi semula hak rakyat yang dirampas serta menghentikan penindasan berasaskan dendam disamping mengambil Islam sebagai dasar perpaduan.

HIJRAH MULIAKAN ISLAM

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

فرمان الله تعالى دالم أية 54 سورة المائدة :
يأيها الذين ءامنوا من يرتد منكم عن دينه فسوف يأتى الله بقوم يحبهم ويحبونه أذلة على المؤمنين أعزة على الكـفرين يجــهدون فى سبيل الله ولا يخافون لومة لآئم ذلك فضل الله يؤتيه من يشآء والله وسع عليم

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di kalangan kamu yang murtad daripada agamanya maka Allah akan mendatangkan suatu kaum di mana Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, bersikap lemah lembut sesama orang beriman serta tegas terhadap golongan kafir, berjihad di jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Itulah kurnian Allah yang dianugerahkannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui

Kini kita berada di minggu terakhir bulan Zulhijjah di mana tidak lama apabila terbitnya fajar 1 Muharram maka kita akan meninggalkan tahun 1422 bagi sama-sama menyambut ketibaan tahun baru 1423 Hijrah. Kesyukuran dipanjatkan ke hadhrat Rabbul ‘Izzati di atas segala kurniaan dan rahmatNya yang melimpah ke atas kita semua dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba di alam dunia fana sebelum dijemput menemuiNya di alam akhirat yang kekal selamanya. Masa begitu pantas berlalu meninggalkan kita di mana beredarnya masa bersama dengan meningkatnya usia kita yang turut mengingatkan kita betapa hampirnya kita kepada hari mati serta bertambah dekatnya dunia ini untuk menemui hari terakhirnya iaitu hari qiamat. Kita berharap agar semua amalan kita setahun yang bakal berlalu diterima oleh Allah sebagai bekalan hari akhirat disamping mengharapkan agar segala dosa diampunkan oleh Allah Tuhan Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Tahun 1422 yang bakal meninggalkan kita telah meninggalkan seribu satu pengalaman dan peristiwa samada manis atau pahit, kenangan indah atau berdarah buat umat Islam sedunia. Semoga fajar tahun baru yang bakal tiba akan menjanjikan kehidupan yang lebih mulia dan aman kepada umat Islam yang kini dihina dan hidup dalam ketakutan akibat kezaliman dan penindasan yang dihadapi silih berganti. Kita umat Islam telah diberikan kemuliaan oleh Allah dalam membina sebuah kuasa yang besar dengan tamadun yang tinggi bermula daripada zaman Rasulullah s.a.w dan seterusnya disambung tugas sebagai pemerintah yang menjaga kesucian agama dan mengurus kehidupan dunia berdasarkan wahyu oleh Khulafa’ al-Rasyidin dan khalifah-khalifah selepas mereka termasuk di alam Melayu ini. Malangnya apabila kesucian Islam dicemari dan system Islam dipenjarakan oleh penjajah dan diteruskan peranan ini oleh anak didik mereka maka umat Islam terus menjadi umat yang hina dan tertindas termasuk di negara umat Islam sendiri. Bila diperhatikan bagaimana perbezaan ketara antara kehidupan umat Islam semasa di Mekah sebelum hijrah tanpa kuasa pemerintahan di mana kuffar quraisy saban hari sentiasa mengancam dan berusaha mengembalikan umat Islam kepada kekufura sehingga ramai yang terbunuh syahid. Penindasan terhadap umat Islam di Mekah pada masa itu tidak dapat disekat sehingga datangnya kebenaran untuk berhijrah ke Habsyah sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri tidak turut serta ke sana walau pun penentangan terhadap dakwah Islam dan keselamatan tubuh baginda sendiri tidak terjamin. Kehidupan umat Islam dan kehebatan umat Islam mula berubah daripada umat yang tertindas kepada umat yang memerintah, daripada umat yang dihina kepada umat yang mulia, daripada umat lemah kepada umat yang gagah apabila tertegaknya pemerintahan Islam pertama di Madinah selepas penghijrahan Rasulullah s.a.w dan umat Islam dari Mekah ke Madinah dengan mendapat keizinan daripada Allah. Kuasa pemerintahan yang dianugerahkan bersama dengan pelaksanaan seluruh sistem Islam dalam urusan kehidupan telah mengubah segala-galanya di mana Islam tidak lagi dipandang rendah oleh musuh malah Islam dipandang begitu indah bagi mereka yang mencintainya dan dipandang sebagai suatu kuasa yang gagah dan mampu menggugat kuasa besar yang lain bagi sesiapa yang memusuhinya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Jika dilihat keadaan masyarakat majmuk di Madinah semasa ketibaan Rasulullah s.a.w maka dari segi perkiraan akal begitu payah untuk menegakkan Daulah Islamiah yang melaksanakan seluruh sistem Islam kerana ia agak asing dan belum terlaksana sebelum ini. Kuasa Allah melebihi segala kuasa makhlukNya di mana jumlah umat Islam pada masa itu di kalangan Muhajirin dan Ansor adalah sedikit berbanding rakyat Madinah yang belum memeluk Islam termasuk yahudi tetapi Daulah Islamiah yang melaksanakan seluruh sistem dapat ditegakkan dengan jayanya hasil kebijasanaan Rasulullah s.a.w, keadilan system Islam yang diperakui oleh rakyat Madinah pada masa itu serta pertolongan Allah. Kehebatan Daulah Islamiah terus dicemburui dan dimusuhi oleh kuffar Quraisy Mekah sehingga banyak peperangan yang berlaku. Kekuatan Islam yang menguasai hati manusia dan mengawal pergerakan mereka dengan perundangan yang adil telah membolehkan Islam tersebar luas ke seluruh tanah Arab dan sekitarnya dan seterusnya berjaya meruntuhkan 2 kuasa besar pada masa itu iaitu kuasa Kristian Rom dan kuasa Majusi Parsi serta menawan 2 Empayar kuat Hindu India dan Budha China. Kekuatan Islam bukan terletak pada paksaan senjata bagi menundukkan orang lain kepada Islam sebaliknya Islam dengan keindahan dan kesempurnaan sistemnya yang bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri telah berjaya menundukkan hati manusia untuk akur dan taat kepada Islam. Ini berbeza dengan ideologi dan sistem ciptaan manusia yang hanya mampu meluaskan kuasanya melalui senjata dengan memaksa orang lain tunduk kepada sistem yang dicipta. Kejatuhan pemerintahan Islam kebanyakannya akibat kecuaian umat Islam sendiri yang meninggalkan ajaran dan sistem Islam yang menyebabkan kezaliman berlaku sedangkan kejatuhan kuasa pemerintahan yang berasaskan sistem ciptaan manusia akibat daripada kezaliman system itu sendiri yang terlalu memaksa rakyat untuk tunduk kepadanya malah mereka yang bertanggunggjawab mencipta sistem itu sendiri menjadi golongan yang melanggar sistem yang dicipta. Hanya Allah Tuhan Pencipta sahaja yang mampu mengawal manusia dengan sistem Islam yang berdasarkan wahyu yang diturunkan kepada umat manusia sedangkan manusia tidak mampu mengawal manusia yang lain berdasarkan akalnya yang lemah.

Sidang Jumaat yang dihormati,
Jika Rasulullah s.a.w dan para sahabat terpaksa berhijrah daripada tanahair tercinta menuju ke Madinah maka ramai saudara kita hari ini turut dipaksa berhijrah tetapi yang berbezanya Rasulullah s.a.w berjaya membina Daulah Islamiah dan menjadi umat mulia sedangkan umat Islam hari ini terus menjadi pelarian yang mengharapkan ihsan daripada orang lain. Jika Rasulullah s.a.w berjaya menghalau yahudi daripada bumi Madinah apabila mereka melanggar piagam Madinah sedangkan umat Islam hari ini dihalau oleh yahudi yang melanggar perjanjian damai sesuka hati dari bumi Palestin milik umat Islam. Jika para sahabat nabi berjaya meruntuhkan kuasa besar dengan kekuatan Islam sedangkan umat Islam pada hari ini seperti di Aghanistan, Kashmir, Selatan Filiphina diserang oleh kuasa besar kuffar yang dibantu oleh umat Islam yang tidak sedar diri apabila ajaran Islam diketepikan. Jika Rasulullah s.a.w dan khalifah Islam selepas itu berjaya memberi layanan istimewa dan menghormati umat bukan Islam tetapi umat Islam pada hari ini yang hidup dalam negara kuffar diperangi seperti di Gujerat India di mana lebih 650 umat Islam dibunuh dan dibakar oleh pelampau hindu atas alasan umat Islam bertanggungjawab membunuh 58 aktivis hindu dalam sebuah keretapi baru-baru ini. Jika pada zaman Rasulullah s.a.w dan khalifah selepas itu masjid mudah dibina tetapi kebanyakan masjid hari ini terdedah kepada bahaa sehingga ada pelampau yahudi yang mencadangkan untuk mengebom Ka’abah di Mekah disamping yahudi sehingga hari ini cuba meruntuhkan Masjid al-Aqsa, Palestin dan pelampau hindu pula cuba membina kuil di atas runtuhan Masjid Babri, India yang diruntuhkan beberapa tahun yang lalu. Inilah bezanya apabila Islam dilaksana dan bala Allah apabila Islam diketepikan. Oleh itu hayunkan tangan, langkahkan kaki dalam mengembalikan semula kemuliaan umat Islam dengan sama-sama kembali bersatu di bawah panji Islam dan seterusnya melaksanakan seluruh system Islam dalam setiap aspek kehidupan. Islamlah nescaya kita selama dunia dan akhirat.
Firman Allah dalam ayat 23 surah Ahzab :

من المؤمنين رجال صدقوا ماعــهدوا الله عليه فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدلوا تبديلا

Maksudnya : Di antara orang mukmin itu ada mereka yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah maka di antara mereka ada yang gugur syahid. Dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah janjinya

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah ini telah dibaca di Masjid Mukim Terusan, Pondok Pasir Tumboh

ASAS KUKUH DAULAH UTUH

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

فرمان الله تعالى دالم أية 100 سورة النساء :
ومن يهاجر في سبيل الله يجد فى الأرض مرغما كثيرا وسعة ومن يخرج من بيته مهاجرا إلى الله ورسوله ثم يدركه الموت فقد وقع أجره على الله وكان الله غفورا رحيما

Maksudnya : Sesiapa berhijrah di jalan Allah nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang melimpah. Sesiapa keluar dari rumahnya dengan niat berhijrah kepada Allah dan rasulNya kemudia kematian menimpanya sebelum tiba ke tempat yang dituju maka sesungguhnya dia tetap mendapat pahala di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengapun lagi Maha Penyayang.

Kini kita berada pada minggu pertama bulan Muharram yang mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri dan kita juga bakal menyambut ketibaan hari Asyura iaitu hari kesepuluh Muharram pada hari Ahad ini bagi sama-sama berpuasa sunat sebagai menyambut saranan dan galakan daripada Rasulullah s.a.w. Kita berdoa kepada Allah agar ketibaan tahun baru hijrah ini dapat mengubah kehidupan umat Islam daripada tersepit dalam kesesatan sistem hidup kepada kelapangan hidup dengan terlaksananya sistem Islam yang adil, daripada kegelapan jahiliah moden yang bersumber hawa nafsu dan akal yang lemah kepada terangnya dunia dengan suluhan wahyu Allah, daripada suramnya dunia daripada kasih sayang akibat meluasnya kezaliman kepada amannya dunia dengan tebaran kasih sayang berasaskan Islam, daripada terseksanya manusia dan hancurnya bumi disebabkan tangan-tangan manusia pengganas yang dahagakan darah dan nyawa demi mencapai kuasa dan harta kepada bahagianya manusia diterajui oleh manusia yang soleh dan bertaqwa yang sentiasa berusaha memimpin dan membimbing umat manusia ke arah mencapai keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Jika pengganas kuffar dengan angkuh mengatakan bahawa tahun 2002 Masihi sebagai tahun peperangan maka kita umat Islam selain berwaspada dengan amaran kuffar itu maka kita sepatutnya menyambut ketibaan tahun baru 1423 Hijrah sebagai tahun untuk umat Islam kembali bersatu di bawah panji Islam seterusnya mengatur langkah dari segi dakwah sehingga bertambahnya umat Islam yang bukan sahaja mampu mengucap 2 kalimah syahadah tetapi turut memahami segala tuntutannya seterusnya mengamalkannya dalam setiap aspek kehidupan. Melalui peristiwa Hijraturrasul s.a.w maka kita boleh dapati banyak pengajaran dan juga taktik yang terbaik dalam mengembalikan semula daulah Islamiah yang telah lama hilang sehingga memungkinkan Islam kembali menjadi agama yang memerintah bukannya agama yang diperintah. Sudah cukup air mata yang dicurahkan bagi meratapi penderitaan umat Islam seluruh dunia yang menjadi sasaran peluru kuffar durjana dan sudah cukup hati kita merintih sayu melihat darah umat Islam mengalir membasahi bumi akibat kezaliman pengganas kuffar yang tidak berhati perut membunuh umat Islam sesuka hati. Kini kita mesti berusaha untuk kembali menjadi umat pilihan dan mulia dengan sama-sama melaksanakan Islam dalam kehidupan bukan sahaja pada ibadat khusus tetapi turut merangkumi system ekonomi, politik, sosial dan sebagainya sehingga usaha kita ini mendapat keredhaan Allah dan memenuhi syarat sebagai umat yang dijanjikan kemenangan oleh Allah di dunia dan akhirat. Biarlah air mata yang mengalir selepas ini adalah air mata kegembiraan menyambut kemenangan Islam setelah segala syarat untuk mencapai kemenangan sudah pun kita tunaikan. Ingatlah bahawa kemenangan Islam bukan datang melayang tetapi memerlukan kepada pengorbanan dalam melawan hawa nafsu dan syaitan daripada kalangan jin dan manusia yang sentiasa berusaha melawan pejuang Islam yang ikhlas berjuang meninggikan kalimah Allah di muka bumi yang fana ini.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Apabila merenung beberapa tugas yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w setelah tiba di Madinah dalam peristiwa Hijrah maka kita akan dapati di sana beberapa pengajaran penting yang mesti kita buat mengikut kesesuaian tempat dan masa sehingga Daulah Islamiah yang berjaya ditegakkan di Madinah pada zaman nabi akan dapat ditegakkan kembali pada hari ini. Tugas pertama nabi ialah mendirikan masjid bagi mendekatkan diri hamba dan Allah sehingga sebarang perkara yang melalaikan dan bercanggah daripada syariat Islam dapat dicegah. Masjid bukan sahaja berperanan sebagai tempat ibadat khusus dan pengajian agama malah tempat untuk merapatkan tali persaudaraan berasaskan agama bukannya harta dan bangsa. Pada zaman nabi masjid dijadikan pusat pemerintahan yang utama sehingga peranannya dapat melahirkan sebuah pemerintahan yang adil lagi saksama. Ini berbeza dengan peranan masjid pada hari ini yang cuba disempitkan peranannya sehingga masjid hanya dikunjungi ketika solat jemaah malah ada juga larangan daripada menyampaikan kuliah agama dalam masjid kerana begitu gerun dengan kesedaran masyarakat tentang Islam yang menyeluruh.

Rasulullah s.a.w turut mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan Ansor sehingga ikatan yang berasaskan iman ini akan lebih menguatkan lagi ukhwah Islamiah sehingga memungkinkan Daulah Islamiah yang ditegak sentiasa dijaga dengan penuh tanggungjawab oleh setiap umat Islam disamping mampu menjadi pemimpin kepada orang bukan Islam yang bersedia tunduk kepada pemerintahan Islam. Persaudaraan yang dibuat ini banyak memberi kebaikan kepada nabi dan umat Islam sehingga Daulah Islamiah yang dibina dengan bilangan umat Islam agak kecil berbanding jumlah orang bukan Islam termasuk yahudi yang menjadi rakyat kepada negara Madinah namun begitu dengan bilangan yang kecil ini Daulah Islamiah yang dibina ini bukan sahaja mampu menguasai orang bukan Islam dalam negara malah mampu meluaskan kuasa pemerintahan sehingga tumbangnya kerajaan Majusi Parsi dan Kristian Rom. Ini berbeza dengan kita pada hari ini di mana perpaduan yang dibuat atas dasar bangsa yang menyebabkan timbulnya perasaan dendam yang merbahaya di mana setiap bangsa hanya menunggu peluang untuk berkuasa bagi menguasai bangsa lain yang lebih lemah. Keadaan dalam negara nampak tenang tetapi apabila api perkauman mula dibangkitkan maka masing-masing mula berbalah antara satu sama lain sehingga berlakunya rusuhan kaum. Inilah bahayanya apabila asas perpaduan yang dibina berdasarkan bangsa bukannya agama. Kehinaan daripada Allah akan menimpa bangsa yang meninggalkan Islam dan kemuliaan akan menyirami ke atas bangsa yang melaksanakan Islam.

Sidang Jumaat yang dihormati,
Usaha Rasulullah s.a.w yang paling besar dan mesti dijadikan rujukan utama dalam membina Daulah Islamiah ialah Piagam Madinah. Melalui piagam Madinah banyak peraturan dan undang-undang yang melibatkan orang Islam, orang bukan Islam dan hubungan antara negara luar di mana jika perhatikan secara terperinci mengenai piagam Madinah ini maka semakin jelaslah kebijaksaan Rasulullah s.a.w yang memulakan semula pemerintahan secara teratur berdasarkan wahyu bukannya berasaskan siapa yang paling kuat dan siapakah yang paling ramai penyokongnya. Jika dibandingkan antara piagam Madinah dengan perlembagaan Malaysia maka akan jelaslah perbezaan antara keduanya dan menafikan pengistiharan bahawa negara ini adalah negara Islam. Asas kepada piagam Madinah sendiri yang meletakkan hukum yang tertinggi atau hakimiah ialah Allah sehingga sebarang peraturan yang bercanggah daripada apa yang dibawa oleh nabi adalah salah dan tidak boleh diguna pakai sedangkan perlembagaan negara kita meletakkan hukum yang tertinggi ialah perlembagaan Lord Reid yang berasaskan ideologi manusia di mana sebarang percanggahan terhadap perlembagaan ini akan terbatal termasuk undang-undang Islam itu sendiri. Jika pada asasnya sudah bercanggah dan berlainan apatah lagi yang selainnya. Sebab itulah ketika di Madinah Rasulullah s.a.w bukan sahaja dihormati sebagai pemimpin tetapi turut dipandang mulia sebagai seorang rasul sedangkan dalam negara kita yang dikatakan negara Islam di mana sunnah nabi boleh dihina oleh pemimpin malah lebih ramai umat Islam sendiri yang berani menulis tentang perkara yang memburukkan keperibadian nabi seperti menuduh nabi mempunyai 15 orang gundik. Inilah betapa Islam boleh dipermain-mainkan apabila hilangnya daulah. Oleh itu sempena kedatangan tahun baru hijrah marilah kita sama-sama bersatu di bawah panji Islam dalam mengembalikan semula pemerintahan Islam di muka bumi ini.

Firman Allah dalam ayat 108 surah at-Taubah :

لاتقم فيه أبدا لمسجد أسس على التقوى من أول يوم أحق أن تقوم فيه فيه رجال يحبون أن يتطهروا والله يحب المطهرين

Maksudnya : Sesungguhnya masjid yang didirikan di atas dasar taqwa sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri dan Allah mencintai mereka yang bersih.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah ini telah dibaca di Masjid Mukim Terusan, Pondok Pasir Tumboh

HIJRAH LUASKAN PERANAN AGAMA


السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 90-91 surah Yunus :

و جوزنا ببني إسرائيل البحر فأتبعهم فرعون وجنوده بغيا وعدوا حتى إذا أدركه الغرق قال آمنت أنه لاإله إلا الذي ءامنت به بنوا إسرائيل وأنا من المسلمين. ءالئن وقد عصيت قبل وكنت من المفسدين

Maksudnya : Dan Kami memungkinkan Bani Israel melintasi laut lalu mereka diikuti oleh Firaun dan bala tenteranya kerana hendak menganiayai dan menindas mereka sehinggalah ketika Firaun itu telah hampir tenggelam lalu dia berkata : “ Aku percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri kepada Allah “. Adakah sekarang baru engkau percaya sedangkan engkau telah derhaka sejak dahulu dan engkau termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan.

Kita baru sahaja menyambut kedatangan tahun baru 1424 Hijrah dan juga sama-sama menghidupkan ketibaan hari ‘Asyura’ iaitu hari kesepuluh Muharram dengan puasa sunat. Puasa sunat hari ‘Asyura’ mengingatkan kita kepada suatu pesanan nabi s.a.w yang menggalakkan agar umat Islam lebih menghidupkan hari ‘Asyura’ berbanding umat yahudi bagi memperingati bagaimana pada hari tersebut di mana Allah telah menyelamatkan nabi Musa bersama kaumnya bani Israel daripada dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya. Nabi Musa dan pengikutnya berjaya merentasi Laut Merah yang terbelah dua dengan izin Allah apabila nabi Musa memukulnya dengan tongkatnya sedangkan Firaun dan bala tenteranya ditenggelamkan di tengah Laut Merah apabila air laut itu kembali bercantum sebagaimana asal. Penghijrahan nabi Musa akibat tekanan dan permusuhan yang diterima daripada bapa angkatnya sendiri iaitu Firaun kerana dakwah Islam di mana Allah menunjukkan kepada kita bagaimana keangkuhan Firaun yang mengaku sebagai tuhan dihancurkan dengan mati lemas di tengah Laut Merah. Allah juga membawa gambaran bagaimana Firaun yang hampir mati lemas mula percaya kepada Tuhan yang dipercayai oleh nabi Musa dan Bani Israel tetapi pintu taubat kepadanya telah tertutup sehingga dia mati dalam keadaan penuh hina di dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Manusia angkuh dan sombong sentiasa lahir pada setiap masa dan tempat. Jika nabi Musa terpaksa berhadapan dengan manusia angkuh bernama Firaun dibantu oleh Haman dan Qarun maka tidak ketinggalan nabi kita Muhammad s.a.w yang terpaksa berhadapan dengan pembesar musyrikin Quraisy termasuk bapa saudaranya sendiri juga kerana dakwah Islam. Abu Lahab, Abu Jahal serta manusia angkuh bersamanya turut mengakui kebenaran Islam tetapi akibat tiadanya hidayah Allah dan permusuhan terhadap Islam telah menyebabkan cahaya iman dan kebenaran Islam cuba dipadamkan termasuk usaha membunuh nabi Muhammad s.a.w. Akhirnya nabi Muhammad s.a.w diizinkan oleh Allah untuk berhijrah sambil dikejar oleh musuh yang terus cuba membunuhnya. Penghijrahan yang terancang ini telah membawa suatu kejayaan yang gemilang kepada dakwah Islam. Jika dalam dakwah dan penurunan ayat al-Quran di Mekah sebelum ini hanya berkisar tentang dasar aqidah, hukum syariat yang boleh dilakukan oleh individu serta masalah pembinaan akhlak yang baik bersesuaian dengan keadaan dan kedudukan umat Islam di Mekah tanpa tampuk pemerintahan. Sebaliknya apabila berlakunya peristiwa hijrah ke Madinah maka dakwah Islam dan penurunan ayat al-Quran mula meluas bukan sahaja menyentuh dari sudut aqidah dan akhlak sahaja tetapi turut merangkumi keseluruhan sistem hidup seperti ekonomi, kemasyarakatan dan kenegaraan agar umat manusia terhindar daripada kesesatan dan kezaliman dalam mencari kebahagiaan yang hakiki di dunia dan akhirat.
Proses pembinaan masjid dan persaudaraan antara golongan Muhajirin dari Mekah dan Ansor dari kalangan penduduk tempatan itu sendiri telah menyuburkan lagi ikatan kehambaan manusia terhadap Allah dan hubungan manusia sesama manusia dalam membina pembangunan insan yang sememangnya mesti didahulukan sebelum pembangunan kebendaan. Kita dapat saksikan bagaimana hubungan antara Muhajirin dan Ansor begitu terserlah sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam Sohihnya yang berbunyi : “ Setelah mereka tiba di Madinah, Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan di antara Abdul Rahman ‘Auf dengan Sa’ad bin Rabi’ di mana Sa’ad telah berkata kepada Abdul Rahman: “ Saya adalah orang yang paling kaya di kalangan golongan Ansor. Oleh itu marilah kita bahagi dua harta saya. Saya mempunyai dua orang isteri. Oleh itu pilihlah yang mana satu awak suka agar saya ceraikannya di mana setelah habis ‘iddahnya maka awak kahwinilah dia”. Abdul Rahman ‘Auf menjawab: “ Mudah-mudahan Allah memberkati keluarga dan hartamu. Tunjukkanlah kepada saya di mana pasar kamu”.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Peristiwa Hijraturrasul ini wajar dihayati dengan bersungguh bukannya hanya disambut saban tahun tanpa usaha yang sewajarnya untuk mencontohi segala perancangan dan tindakan yang telah ditunjukkan oleh nabi Muhammad s.aw sehingga terdirinya Daulah Islamiah yang pertama di Madinah. Melalui pembangunan insan telah berjaya melahirkan generasi yang lebih sayang kepada Allah dan rasulNya sehingga tidak timbul bahawa nabi dan para muhajirin adalah pendatang asing yang hanya berhak diberi bantuan sebagaimana pelarian. Sebaliknya nabi Muhammad s.a.w telah dilantik sebagai pemimpin yang diberi kuasa penuh dalam mememerintah Madinah dan seluruh rakyat bersatu atas dasar iman bukannya kebendaan. Kekuatan aqidah ini bukan sahaja memudahkan nabi untuk mentadbir umat Islam tetapi turut merangkumi penduduk Madinah yang belum Islam dan juga golongan yahudi. Perpecahan di kalangan bangsa arab dan penindasan yahudi melalui manopoli ekonomi berjaya ditangani melalui piagam Madinah. Daulah Islamiah Madinah yang pertama ini wajib dijadikan model oleh umat Islam hari ini dan dunia sejagat dalam menghentikan penindasan dan peperangan yang berlaku saban hari bagaikan tidak mahu berhenti.
Ramai di kalangan cerdik pandai yahudi pada hari ini dalam penulisan mereka turut mengakui bahawa tiada cara yang terbaik dalam membawa kejayaan yahudi untuk menguasai dunia melainkan kembali kepada agama yang dibawa oleh nabi seperti nabi Musa. Pendapat ini bertentangan dengan apa yang berlaku di mana kebanyakan keganasan dan peperangan yang meletus pada hari ini adalah hasil hasutan golongan pengganas zionis yahudi yang terus berusaha menguasai dunia dengan cara keganasan demi mencapai keuntungan kebendaan semata-mata. Amerika dan Britain merupakan antara negara yang paling banyak berhutang dengan kapitalis yahudi yang menyebabkan mereka mesti mengikut telunjuk yahudi dalam setiap tindakan termasuk masalah serangan ke atas Iraq pada hari ini. Sebelum ini kuffar meranapkan Afghanistan hasil hasutan yahudi yang begitu bimbang tentang beberapa perkara antaranya tentang penanaman pokok popi untuk menghasilkan dadah telah dimusnahkan oleh kerajaan Taliban. Sebab itulah apabila dilantik kerajaan Boneka Afghanistan maka penanaman pokok itu untuk menghasilkan dadah semakin meningkat. Kita juga melihat bagaimana Amerika cuba juga untuk menyerang Iraq dalam memastikan tiada lagi negara Islam yang kuat kelengkapan senjatanya daripada terus wujud berhampiran negara zionis yahudi Israel. Yahudi begitu lama tidak memerintah dunia dengan kuasa mereka sendiri semenjak beberapa tahun selepas kewafatan nabi Sulaiman di mana yahudi hanya berjaya mencipta beberapa ideologi untuk digunakan oleh orang lain dengan yahudi bertindak sebagai penasihat. Selagi sesebuah kerajaan terus menggunakan sistem yahudi maka dengan mudah yahudi akan menekan dan menindas terutama dari sudut ekonomi mereka walau pun hasil mahsul negara agak banyak seperti seorang kapitalis yahudi Soros boleh meranapkan ekonomi Asia Tenggara dengan mudah kerana pemimpin negara bergantung kepada sistem tajaan yahudi.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Permusuhan zionis yahudi terhadap Islam semakin marak termasuk pembunuhan di Palestin semakin meningkat ditambah dengan tekanan terhadap Iraq disamping amaran awal untuk turut meranapkan Iran dan Syria selepas itu. Negara kita tidak terkecuali setelah kuffar sedang meranapkan pejuang Islam di Selatan Filiphina dan Indonesia. Oleh itu berhijrahlah kita daripada bergantung kepada sistem yahudi kepada melaksanakan seluruh sistem Islam. Jika seluruh negara Islam bersatu atas dasar Islam dengan melaksanakan seluruh sistem Islam maka zionis yahudi dan kuasa besar kuffar akan jatuh. Kita sebagai rakyat bolehlah terus berusaha termasuk berdoa agar Allah menyelamatkan bumi Iraq, Palestin dan sebagainya. Kita juga mesti lebih bersemangat dalam memboikot atau memulaukan barangan yang banyak membantu zionis yahudi seperti minuman pepsi, coca-cola di mana di setengah tempat dimasukkan gelatin babi serta makanan ringan Kentucky dan Micdonalds yang berjaya ditutup di kebanyakan negara Arab, Fatani dan Indonesia. Ingatlah kita bahawa Islam pernah menguasai dunia lebih kurang 1300 tahun tetapi telah diranapkan oleh musuh dengan hilangnya sistem khilafah. Kita hina dan ditindas kerana meninggalkan ajaran Islam yang menyeluruh. Oleh itu kembalilah kepada seluruh ajaran Islam yang lengkap demi mencapai kemuliaan hidup di dunia dan akhirat.

Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal :

والذين ءامنوا وهاجروا وجــهدوا فى سبيل الله والذين ءاووا ونصروا أولئك هم المؤمنون حقا لهم مغفرة ورزق كريم

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah ini telah dibaca di Masjid Mukim Terusan, Pondok Pasir Tumboh

Amaliah Agama Sehari-hari dan Pembentukan Sikap Beragama

Jum'at, 25-07-2003

Amaliah Agama Sehari-hari dan Pembentukan Sikap Beragama
Khatib: Asep Usman Ismail, Dr.
Program: Khutbah Jumat 25 Juli 2003
Narasumber: DR. H. Asep Usman Ismail, M.A.
Tema: Amaliah Agama Sehari-hari dan Pembentukan Sikap Beragama
Dalam kehidupan sehari-hari, kita sudah menjalankan amaliah agama dengan rutin seperti salat, zikir, dan doa. Keadaan ini harus kita syukuri, namun pada saat yang sama --kalau kita sempat bermenung-- mungkin kita bertanya, "Seberapa jauh amaliah agama sehari-hari yang kita lakukan itu berhasil membentuk sikap beragama?"
Al-Quran mengidealkan sebuah keadaan kala kita telah melakukan amaliah agama dengan kondisi sangat positif. Umpanya, dengan salat kita bisa terhindar dari perbuatan keji dan mugkar. Artinya, fungsi eksternal kita sebagai pemakmur bumi bisa terlaksana dengan baik karena kita tidak menjadi perusak dengan melakukan perbuatan keji dan mungkar. Hal ini sebagaimana termaktub dalam surah Al-Ankabut: 45:
"Utlu mâ ûhiya ilaika minal kitâbi wa aqimi shshalâta inna shshalâta tanhâ 'anil fakhsyâ`i wal munkar wa ladzikru llâhi akbar wa llâhu ya'lamu mâ tashna'ûn"
Artinya:
"Bacalah yang diwahyukan kepadamu, yaitu Al-Kitab (Al-Quran) dan dirikanlah salat. Sesungguhnya salat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (salat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah yang lain) dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."
Dalam kenyataan hidup sehari-hari, banyak orang yang menjalankan salat, tetapi tetap melakukan perbuatan keji dan mungkar, semisal memfitnah, berzina, menindas orang lain, mengundang keresahan dalam masyarakat, menggelapkan uang negara, memberikan keterangan palsu kepada publik, dan sebagainya.
Demikian juga zikir. Dalam Al-Quran, surah Al-Ra`d: 28, disebutkan:
Alladzîna âmanû wa tathma`innu qulûbuhum bi dzikri llâhi alâ bi dzikri llâhi tathma`innul qulûb
Artinya:
"(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram."
Tapi, tidak terhitung jumlah orang-orang yang berzikir tetapi hati mereka tetap resah, jiwa gelisah, hati tidak tenteram, batin sengsara, kehidupan bagai tiada makna, segala yang dihadapi dalam kehidupan terasa berat. Zikir yang mempunyai fungsi internal menenteramkan hati menjadi mati guna. Kondisi ideal gambaran Al-Quran tidak terbukti dalam kenyataan.
Semua fenomena yang disebutkan di atas adalah fakta dan tidak dapat dipungkiri kebenarannya. Tidak jarang hal itu menimbulkan pertanyaan yang menggelitik,"Apakah janji-janji agama tidak benar adanya?" atau dengan pertanyaan yang lebih menukik, "Mengapa salat yang kita lakukan menjauhkan kita dari segala tingkah laku tercela?" dan "Mengapa zikir yang kita amalkan belum mendatangkan kedamaian dalam kehidupan?" ini yang akan dicoba untuk dijawab dalam pertemuan kali ini.
Ada beberapa tahap orang menjalankan amaliah agama dalam kehidupan sehari-hari.
Pertama, menjalankan amaliah agama pada tataran ritualitas. Orang-orang seperti ini melaksanakan amaliah agama hanya sampai pada tahap memenuhi syarat-syarat dan rukun formal ibadah. Semisal salat, mereka telah mengucapkan bacaan-bacaan salat dengan baik dan melaksanakan gerakannya dengan sempurna; sedangkan zikir, mereka telah membaca beragam ungkapa-ungkapan dari Al-Quran, Hadits, atau amaliah para ulama terdahulu, juga dengan baik. Tetapi, masalahnya ada pada ruh amaliah itu. Yang mereka lakukan ibarat formalitas tanpa jiwa dan makna. Betapa tidak, mereka tidak memahami arti bacaan salat dan zikir mereka. Mereka tidak memiliki wawasan yang cukup untuk bisa memetik makna di balik amaliah agama yang mereka lakukan, bagaimana kemudian mereka bisa mendalami kandungan filosofisnya; apalagi sampai menerapkan fungsinya dalam segala aspek kehidupan.
Kedua, menjalankan amaliah agama, memahami bacaan, dan berwawasan cukup luas mengenai apa yang mereka laksanakan, tetapi pemahaman dan pengertian mereka berhenti pada tahapan kognitif. Salat dan zikir yang mereka lakukan terhenti pemakanannya di kepala, tidak tembus ke lubuk hati. Di sana tidak ada penjiwaan. Akibatnya, amaliah agama mereka hampa makna. Mereka yang berada pada tahap ini juga sulit untuk membuat salat dan zikir mereka mewarnai kehidupan. Padahal beragama itu harus dihayati dengan perasaan terdalam agar bisa memberi efek dalam kehidupan sehari-hari.
Innmal mu`minûna lladzîna idzâ dzukira llâhu wajilat qulûbuhum wa idzâ tuliyat 'alaihim âyâtuhû zâdathum îmânan wa 'alâ rabbihim yatawakkalûn
Artinya:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan pada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
"Adakah kita termasuk orang-orang yang digambarkan dalam ayat di atas? Mari kita renungkan.[mu]

MASJID AGUNG AT-TINcopyright © 2001-2002 at-tin.org All rights reserved